CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
โœ”
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
๐Ÿ“Œ Saksikan temu bual bersama Dr. Hafizah Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Kawalan Zoonosis, Kementerian Kesihatan Malaysia yang akan mengupas dengan lebih lanjut berkenaan COVID-19.

Platform: AWANI Pagi๐Ÿ“บ
Tarikh: 26 Jun 2025 (Khamis) ๐Ÿ—“๏ธ
Masa: 8.30 pagi
Topik: COVID-19: Ancaman Senyap Belum Berakhir

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaMadani #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
๐“๐š๐ก๐ฎ๐ค๐š๐ก ๐š๐ง๐๐š "๐Š๐€๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐Š๐”๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐’๐€๐ ๐†๐„๐Œ๐๐€ ๐๐”๐Œ๐ˆ"

๐Ÿ“ˆ Gempa bumi adalah kejadian pergerakan tanah dikawasan sesar yang memberikan kesan gegaran dipermukaan bumi. Impak gegaran ini dikenali sebagai intensiti.

๐Ÿ’ก Jangan lupa kongsikan pada semua, semoga bermanfaat.

Sila dapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia.

#METMalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM Sedia Membantu: Memperkukuh Kesiapsiagaan Hadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #METMalaysia #SiagaBencana #MonsunTimurLaut
๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐„๐“๐„๐Ž๐‘๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ : ๐€๐Œ๐€๐‘๐€๐ ๐‘๐ˆ๐๐”๐“ ๐“๐‘๐Ž๐๐ˆ๐Š๐€ (๐’๐„๐๐˜๐€๐‘) | ๐Ÿ๐Ÿ• ๐๐Ž๐•๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“
MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Ribut Tropika, Amaran Hujan Berterusan serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berkuat kuasa dari 27 - 29 November 2025. MET Malaysia akan terus memantau perkembangan ribut tropika ini dan mengemas kini maklumat berdasarkan keadaan semasa.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti maklumat, ramalan serta amaran cuaca terkini melalui laman web MET Malaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638.
#metmalaysia
#NRES
#monsuntimurlaut
#caknacuaca
#MADANIBekerja
#senyar
#MalaysiaMadani
VIRUS NIPAH: KKM SIAPSIAGA HADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN

Saya mengambil maklum laporan mengenai penularan jangkitan virus Nipah di India. Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang memantau situasi secara proaktif dan berhubung terus dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menentusahkan data epidemiologi terkini.

Ingin saya tegaskan, keselamatan rakyat dan negara adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi. Justeru, KKM telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan di semua pintu masuk antarabangsa negara. Para 'gatekeepers' kita kini berada dalam mod berjaga-jaga (high alert):

โœ… Pemantauan tahap kesihatan yang ketat terhadap pengembara.
โœ… Protokol tindakan pantas (ready-to-act) bagi individu bergejala.
โœ… Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) bersedia sepenuhnya untuk diaktifkan.

Melalui pendekatan 'One Health', kita memantau rantaian antara manusia, haiwan, dan alam sekitar sebagai perisai pertahanan awal negara yang bersifat pencegahan (preventive).

Saya ingin meredakan kegusaran awam. Setiap langkah yang diambil KKM adalah berpandukan sains dan penilaian risiko (evidence-based), bukan khabar angin. Yakinlah bahawa sistem kesihatan awam kita adalah teguh (robust), teruji, dan bersedia melindungi anda.

Dapatkan info sahih, elak sebar berita palsu!

#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
๐Š๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐“๐ข๐›๐ข ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Penyakit Tibi (Tuberkulosis) ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis dan merebak melalui udara, terutamanya melalui batuk, bersin atau percakapan rapat dengan individu dijangkiti.

Kluster Tibi merujuk kepada kejadian 2 kes atau lebih yang mempunyai kaitan epidemiologi dari segi masa, tempat atau hubungan kontak, menunjukkan kemungkinan wujudnya rantaian transmisi yang sama. Kes indeks merupakan kes Tibi yang dikenal pasti terlebih dahulu dan menjadi fokus dalam siasatan dan kawalan wabak.

Di Malaysia, sebanyak 88 kluster dilaporkan pada tahun 2025 dengan 254 kes Tibi, manakala 35 kluster masih aktif. Sehingga 7 Februari 2026, sebanyak 10 kluster Tibi telah dilaporkan dan kesemuanya masih berstatus aktif, melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Johor, Sabah, Kedah, Kelantan, Pahang dan Perlis.

Langkah Kawalan dan Pencegahan:
1๏ธโƒฃ Rawatan awal anti-TB untuk pesakit yang disahkan
2๏ธโƒฃ Saringan dan rawatan pencegahan untuk kontak rapat
3๏ธโƒฃ Pemantauan rawatan melalui Directly Observed Therapy (DOT)
4๏ธโƒฃ Etika batuk oleh individu bergejala

KKM sentiasa komited untuk memantau, mencegah dan mengawal penyakit Tibi bagi memastikan kesihatan rakyat terpelihara

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
๐Ÿ“Œ Saksikan temu bual bersama YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Datoโ€™ Dr Hj Mat Zuki Mat Jaeb, Pakar Perunding Kanan Perubatan Respiratori, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang akan membicarakan dengan lebih lanjut berkenaan Tibi, hari ini.

Platform: Ruang Bicara BERNAMA ๐Ÿ“บ
Tarikh: 24 Februari 2026 (Selasa) ๐Ÿ—“๏ธ
Masa: 9:00 malam - 10:00 malam โฐ
Topik: Ancaman Tibi: Jangan Ambil Mudah

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Terdapat beberapa kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 1 (Berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35ยฐC hingga 37ยฐC sekurang-kurangnya tiga (3) hari berturut-turut) melibatkan kawasan di Kedah (Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Daerah Utara, dan Timur Laut), Perak (Hulu Perak, Selama, Kuala Kangsar, dan Kinta), Pahang (Jerantut dan Raub) dan Perlis. Manakala, tiga kawasan di Kedah (Pokok Sena, Pendang dan Baling) dilaporkan berada di Tahap Amaran 2 (suhu maksimun harian melebihi 37ยฐC hingga 40ยฐC sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut).

Masyarakat perlu cakna dengan penyakit berkaitan cuaca panas. Ambil langkah melindungi diri dari kesan cuaca panas.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
Dari Page Dr Dzulkefly Ahmad: Mutakhir ini, saya menyedari kebimbangan masyarakat susulan laporan berita di peringkat global mengenai penularan jangkitan Hantavirus. Walaupun situasi di Malaysia setakat ini adalah terkawal, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau rapi perkembangan ini dan mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan kesiapsiagaan negara berada pada tahap tertinggi.
Untuk makluman bersama, Hantavirus adalah sejenis virus bawaan tikus yang merebak kepada manusia melalui udara yang tercemar dengan sisa kotoran, air kencing, atau air liur haiwan tersebut. Jangkitan ini tidak wajar dipandang remeh kerana komplikasinya berpotensi membawa maut, dengan kadar kematian bagi Sindrom Paru-paru Hantavirus (HPS) boleh mencecah 30 hingga 40 peratus.
Memandangkan tiada ubat antivirus khusus bagi merawat jangkitan ini buat masa ini, langkah pencegahan dan kawalan kendiri adalah perisai pertahanan kita yang paling ampuh. Selari dengan iltizam KKM untuk menganjak paradigma sistem kesihatan kepada fokus pencegahan, saya menggesa seluruh rakyat agar mengambil peduli tentang kebersihan persekitaran dan memastikan kediaman serta premis kerja bebas daripada haiwan perosak.
Rakyat tidak perlu panik, tetapi kita mesti kekal berwaspada. Saya mohon saudara-saudari untuk merujuk siri infografik yang disertakan ini sebagai panduan lengkap mengenai gejala, cara penularan, dan tatacara pembersihan kotoran haiwan yang selamat. Kesihatan awam bermula dari rumah, marilah kita bersama-sama lindungi keluarga dan komuniti kita.
#KKMPrihatin #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #YakinMADANI
Hantavirus merupakan sejenis virus zoonotik yang lazimnya disebarkan melalui pendedahan kepada air kencing, najis atau air liur tikus yang dijangkiti, terutamanya melalui partikel tercemar di udara.

Kebanyakan jangkitan berlaku secara sporadik dan berkait dengan persekitaran yang mempunyai infestasi tikus. Penularan daripada manusia kepada manusia adalah amat jarang berlaku dan hanya dikaitkan dengan strain tertentu seperti Andes virus di Amerika Selatan.

KKM ingin menegaskan bahawa sehingga kini, TIADA kes hantavirus dilaporkan di Malaysia. Risiko kepada orang awam di Malaysia pada masa ini adalah rendah.

KKM akan terus memantau perkembangan situasi semasa dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Ikuti langkah-langkah pencegahan seperti dikongsikan.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI