CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
โœ”
360K subscribers
28.1K photos
309 videos
240 files
2.06K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Download Telegram
๐“๐š๐ก๐ฎ๐ค๐š๐ก ๐š๐ง๐๐š "๐Š๐€๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐Š๐”๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐’๐€๐ ๐†๐„๐Œ๐๐€ ๐๐”๐Œ๐ˆ"

๐Ÿ“ˆ Gempa bumi adalah kejadian pergerakan tanah dikawasan sesar yang memberikan kesan gegaran dipermukaan bumi. Impak gegaran ini dikenali sebagai intensiti.

๐Ÿ’ก Jangan lupa kongsikan pada semua, semoga bermanfaat.

Sila dapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia.

#METMalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

KKM Sedia Membantu: Memperkukuh Kesiapsiagaan Hadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #METMalaysia #SiagaBencana #MonsunTimurLaut
๐Š๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐“๐ข๐›๐ข ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Penyakit Tibi (Tuberkulosis) ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis dan merebak melalui udara, terutamanya melalui batuk, bersin atau percakapan rapat dengan individu dijangkiti.

Kluster Tibi merujuk kepada kejadian 2 kes atau lebih yang mempunyai kaitan epidemiologi dari segi masa, tempat atau hubungan kontak, menunjukkan kemungkinan wujudnya rantaian transmisi yang sama. Kes indeks merupakan kes Tibi yang dikenal pasti terlebih dahulu dan menjadi fokus dalam siasatan dan kawalan wabak.

Di Malaysia, sebanyak 88 kluster dilaporkan pada tahun 2025 dengan 254 kes Tibi, manakala 35 kluster masih aktif. Sehingga 7 Februari 2026, sebanyak 10 kluster Tibi telah dilaporkan dan kesemuanya masih berstatus aktif, melibatkan beberapa negeri termasuk Selangor, Johor, Sabah, Kedah, Kelantan, Pahang dan Perlis.

Langkah Kawalan dan Pencegahan:
1๏ธโƒฃ Rawatan awal anti-TB untuk pesakit yang disahkan
2๏ธโƒฃ Saringan dan rawatan pencegahan untuk kontak rapat
3๏ธโƒฃ Pemantauan rawatan melalui Directly Observed Therapy (DOT)
4๏ธโƒฃ Etika batuk oleh individu bergejala

KKM sentiasa komited untuk memantau, mencegah dan mengawal penyakit Tibi bagi memastikan kesihatan rakyat terpelihara

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
๐Ÿ“Œ Saksikan temu bual bersama YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Datoโ€™ Dr Hj Mat Zuki Mat Jaeb, Pakar Perunding Kanan Perubatan Respiratori, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang akan membicarakan dengan lebih lanjut berkenaan Tibi, hari ini.

Platform: Ruang Bicara BERNAMA ๐Ÿ“บ
Tarikh: 24 Februari 2026 (Selasa) ๐Ÿ—“๏ธ
Masa: 9:00 malam - 10:00 malam โฐ
Topik: Ancaman Tibi: Jangan Ambil Mudah

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Hantavirus merupakan sejenis virus zoonotik yang lazimnya disebarkan melalui pendedahan kepada air kencing, najis atau air liur tikus yang dijangkiti, terutamanya melalui partikel tercemar di udara.

Kebanyakan jangkitan berlaku secara sporadik dan berkait dengan persekitaran yang mempunyai infestasi tikus. Penularan daripada manusia kepada manusia adalah amat jarang berlaku dan hanya dikaitkan dengan strain tertentu seperti Andes virus di Amerika Selatan.

KKM ingin menegaskan bahawa sehingga kini, TIADA kes hantavirus dilaporkan di Malaysia. Risiko kepada orang awam di Malaysia pada masa ini adalah rendah.

KKM akan terus memantau perkembangan situasi semasa dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Ikuti langkah-langkah pencegahan seperti dikongsikan.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI